Lirik Lagu Mad Doby - Tempuh
cuba hadap cuba tempuh,
sebelum hidup tamat tempoh,
luka lama pasti sembuh,
gerak gempur kasi rempuh,
salam, ini baru pendahuluan,
jalan dari hulu dan tangan hulur kan,
tetap selidik rujukan, buang kutukan,
dulukan.. yang dulu dulu tak dapat tumpuan,
ada harta limpah ruah tapi kurang kasih,
ada yang kurang didikan tapi akal fasih,
ada kerja keras walau badan sudah lumpuh,
kunci kehidupan hanya perlu ingat bersyukur,
undur? itu tiada siapa suruh,
bukannya minta hidup bunuh membunuh,
utuh, mana roboh kasi kukuh,
yang gelap cuba suluh sampai kembali subur,
apa benar dunia ini tak adil,
jangan bezakan orang punya hasil,
mereka dapat apa yang mereka tempuh,
tiada tempat teduh cuba mula dengan jemur,
cuba tempuh, bayangkan peperangan,
rambut hitam pon boleh jadi keperangan,
kebelakangan ini, banyak kecelakaan,
keberantakan wujud dari hati yang kekerasan,
sebentar, tepuk dada tanya naluri,
apa sudah habis jauh kita lalui,
apa sudah semua ruang cuba masuki,
minda sudah dikaburi dengan hal duniawi weyyy
bangun dari mimpi sedarkan.. diri,
syukur pada Tuhan masih mampu ber...diri,
mengisi ruang berjalan kekanan kekiri,
cari resipi meniti tempat paling tertinggi
hidup ini banyak ragam,
perlu hadap cuba hadam,
sila selam satu alam,
sebelum kita karam dalam dalam...